Senin, 12 Agustus 2013

10 Sahabat Rasulullah Yang Dijamin Masuk Surga (Dari catatan Hasnul Hadi Ahmad)

10 Sahabat Rasulullah Yang Dijamin Masuk Surga

by Hasnul Hadi Ahmad on January 5, 2013

10 Sahabat Rasulullah Yang Dijamin Masuk Surga

1. Abu Bakar As-Siddiq

  • Orang yang membenarkan perjalanan Isra’ Mi'raj Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam sehingga diberi gelaran as-Siddiq. 
  • Dicatat dalam surah at-Taubah,ayat ke-40 (Jika kamu tidak menolong (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah memberi pertolongan kepadanya ketika orang-orang musyrikin Mekah mengusirnya dan dia salah seorang dari dua orang (dengan Abu Bakar), ketika keduanya berada dalam gua dan ketika dia berkata kepada sahabatnya; 'Janganlah kamu sedih, sesungguhnya Allah beserta kita'............)
  • Digelari oleh Ali radhiyallahu 'anhu sebagai manusia paling berani di muka bumi.
  • Seumur hidupnya beliau tidak pernah bersyair dan meminum arak.

2. Zubair bin Al-’Awwam

  • Orang pertama yang menghunuskan pedangnya di jalan Allah.
  • Disiksa oleh bapa saudaranya dengan menggantungnya terbalik di dalam gulungan tikar di bawah nyalaan api supaya beliau kembali kafir.
  • Umar radhiyallahu 'anhu menghantarnya sebagai perajurit yang bernilai seribu perajurit bagi membantu tentara Amru al-As radhiyallahu 'anhu menentang tentara Romawi.

3. Saad bin Abi Waqas

  • Terkenal dengan panahannya yang senantiasa tepat dan doanya yang bagaikan pedang yang tajam.
  • Diuji dengan mogok lapar ibunya yang memaksanya kembali kepada kekafiran.
  • Dicatat dalam surah Luqman ayat ke-15.
  • Memimpin pasukan Islam menentang tentara Parsi ketika pemerintahan Umar radhiyallahu 'anhu

4. Abu ‘Ubaidah Al-Jarrah
 
  • Digelari Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam sebagai seorang kepercayaan umat ini.
  • Dicatat dalam surah al-Mujadalah ayat ke-22 di atas peristiwa beliau mengorbankan ayahnya dalam perang Uhud.
  • Gigi-giginya tercabut akibat menggigit rantai besi yang tertusuk ke dalam pipi Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam

5. Ali bin Abi Talib
  • Digelar singa Allah yang dimuliakan wajahnya.
  • Berjaya memecahkan benteng pertahanan Khaibar, pertahanan terakhir Yahudi.
  • Dimuliakan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam sebagai gerbang kota ilmu.
  • Terkenal dengan ketinggian ilmu pengetahuan serta ilmu peperangan di samping Umar
    radhiyallahu 'anhu.

6. Uthman bin ‘Affan
  • Digelari zunnur’ain(pemilik dua cahaya)
  • Disifatkan Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam sebagai lelaki yang malaikat malu terhadapnya.
  • Membeli telaga seharga 20,000 dirham dari lelaki Yahudi untuk dimanfaatkan umat Islam yang berhijrah ke Madinah.
  • Mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf utama semasa pemerintahannya.

7. Umar Al-Khattab
  • Digelari oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam sebagai al-Faruq (pemisah antara hak dan batil).
  • Dikatakan bahwa Islam senantiasa berada dalam kemenangan setelah keislaman beliau.
  • Para sahabat berpendapat bahawa beliau menguasai 9 dari 10 cabang ilmu.
  • Mengembangkan Islam dari timur ke barat dalam masa yang singkat.

8. Abdurrahman bin ‘Auf

  • Terkenal sebagai seorang sahabat yang paling dermawan.
  • Didoakan keberkahan hartanya oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam sehingga beliau mengibaratkan kekayaannya seumpama menemukan emas dan perak apabila beliau mengangkat sebuah batu.
  • Satu-satunya sahabat yang pernah menjadi imam shalat Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam

9. Talhah bin Ubaidillah

  • Disiksa oleh ibu dan keluarganya sendiri supaya kembali kafir.
  • Diikat dan dipukul bersama-sama Abu Bakar radhiyallahu 'anhu oleh kaum Quraisy sehingga keduanya digelar al-Qarinain (sepasang sahabat yang terikat).
  • Digelari ‘Syahid yang hidup’,'Talhah yang baik’ dan 'Talhah yang dermawan’.
  • Lebih 70 bekas luka dan jari-jarinya putus kerana mempertahankan Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam

10. Sa’id bin Zaid

  • Beliau dan isterinya, Fatimah binti Khattab radhiyallahu 'anha berjaya membawa sinar hidayah kepada Umar radhiyallahu 'anhu.
  • Menyertai kebanyakan perang menentang Romawi dan  Parsi.
  • Diangkat menjadi pemerintah Damsyik oleh Abu Ubaidah radhiyallahu 'anhu.
  • Doanya ketika teraniaya oleh seorang wanita tukang fitnah dikabulkan Allah,wanita itu menjadi buta dan mati.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar